WELCOME....

WELCOME....

Rabu, 5 Mac 2014

Selamatkan SUPP!!!!!!...



KUCHING, Selasa - Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem menyatakan bahawa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mesti diselamatkan demi kepentingan parti komponen tersebut di masa akan datang. Presiden SUPP, Tan Sri Peter Chin Fah Kui memetik kenyataan Adenan pada pertemuan barisan kepimpinan SUPP dengan Ketua Menteri di pejabatnya hari ini.

"Beliau (Adenan) berkata ’Kita mesti selamatkan SUPP’ dan itulah ringkasan untuk pertemuan kali ini. "Ini merupakan khabar yang baik bagi kami di SUPP," katanya semasa ditemui pemberita hari ini.

Peter Chin memberitahu, pihaknya perlu memastikan parti komponen tersebut dapat diselamatkan dari segi aspek pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta masa depan politik parti itu.

"Kita perlu ingat bahawa pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa dua tahun lagi," ujarnya. Bagaimanapun, SUPP masih belum menerima surat jawapan daripada ROS berhubung pendaftaran cawangan baharu di Bekenu dan Piasau.

"Kita belum menerima sebarang jawapan daripada ROS selepas menghantar permohonan pada 4 Februari lalu," jelas Peter Chin. Malah, pertemuan tersebut turut membincangkan perkembangan parti sejak Perhimpunan Agung Perwakilan SUPP 2011. Difahamkan, Adenan akan bertemu dengan kepimpinan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada 6 Mac (Khamis). Hadir sama, Setiausaha Agung SUPP, Profesor Dr Sim Kui Huan.