WELCOME....

WELCOME....

Isnin, 7 April 2014

SABAH DAN SARAWAK SENADA ISU ROYALTI MINYAK


Description: musa aman adenan satemHanya Abdul Rahman Dahlan yang tak setuju royalti minyak dinaikkan.

 

 

 

 

 




Isu royalti minyak biasanya muncul menjelang pilihan raya umum. Biasanya yang menjuarai isu ialah pemimpin dan parti-parti pembangkang.Tetapi kali ini agak berbeza. Pemimpin dan parti yang bercakap isu royalti dari pemimpin tertinggi kerajaan dan dari parti pemerintah BN. Kenyataan terbaru daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang bersetuju isu royalti bukan isu baru dan merupakan salah satu janji BN dalam manifesto PRU tahun lalu.

Apa yang menarik, kedua-dua negeri dari Borneo yang menyumbang 85% dari keluaran minyak dan gas negara senada dan seirama dalam tuntutannya kepada kerjaan Pusat menuntut royalty yang lebih besar daripada 5% yang diberikan Petronas kepada negeri-negeri itu.

Isu royalti dibangkitkan ketua menteri Sarawak yang baru dilantik pada 1 Mac lalu. Tan Sri Adenan Satem dalam satu kenyataan meminta kerajaan pusat mempertimbangkan kenaikan royalti minyak untuk negeri Sarawak. Kadar  yang disebut ialah 20%. Kadar yang sama dijanjikan PR kepada negeri-negeri pengeluar minyak jika PR berjaya mengambil-alih pentadbiran Putrajaya pada PRU lalu. Sebenarnya Adenan hanya mengulangi kenyataan bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Mohd Taib Mahmud pada 2012.

Kenyataan Adenan Satem disambut Timbalan Pengerusi Umno negeri Sabah, Datuk Dr Salleh Said Keruak, yang bersetuju dengan kenyataan Adenan Satem.  Dalam kenyataannya, Dr Salleh berpendapat kajian semula kadar royalti adalah wajar dan kerajaan Pusat haruslah responsif terhadap tuntutan itu. Jika kerajaan Pusat tidak dapat berikan tambahan, penjelasan hendaklah diberikan kenapa ia tidak boleh ditambah dan memberi pilihan untuk menanganinya.

Pada 29 March 2013, tiga pergerakan pemuda BN dari parti PBS, UPKO dan PBRS mengeluarkan keyataan bersama untuk memberi sokongan kepada cadangan ketua menteri Sarawak supaya kerajaan Pusat menyemak semula perjanjian royalty minyak. Pemuda BN Sabah yang diketuai ketua pemuda PBS, Jake Nointin, Arthur Sen (Upko) dan Arthur Kurup (PBRS) berkata mereka akan menghantar cadangan mereka kepada kerajaan Pusat dalam masa terdekat.

Setiausaha BN Datuk Abdul Rahman Dahlan juga membuat kenyataan yang positif mengenai isu royalti selepas kenyataan beberapa pemimpin dari BN Sabah, tetapi kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan yang mengatakan Petronas akan muflis jika royalti bertambah 15% masih lekat dalam ingatan rakyat Sabah.

Sebenarnya suara paling lantang mengenai royalti minyak adalah daripada pemimpin-pemimpin parti pembangkang dan pemimpin NGO. Yang amat konsisten ialah Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari parti STAR dan tokoh NGO seperti Zainal Ajamain dari UBF (United Borneo Front) yang mendakwa Perjanjian Petronas dengan Kerajaan Sabah adalah tidak sah, null and void.

Pada 25 Septemper 2012, Zainal dan 5 orang rakyat Sabah memfail kes melalui seorang peguam ke mahkamah Kota Kinabalu untuk istiharkan Perjanjian kerajaan Sabah dengan petronas adalah tidak sah. Plaintif  terdiri dari Lahirul Latigu dari PAS, Micheal Peter Govind, Zainal Ajamain, Mohd Julfikar Abd Mijan, dan dua dari parti SAPP, Dullie Marie dan Joseph Wilfred Lakai.

Tuntutan dari parti pembangkang agar kontroversi kerana hujah mereka, minyak Sabah adalah 100% milik kerajaan Negeri kerana termasuk dalam senarai Negeri  dalam Perlembagaan Persekutuan, sepatutnya hak memberi royalti kepada Kerajaan Pusat adalah hak negeri Sabah selepas mengadakan perundingan dengan syarikat carigali minyak seperti Petronas.


Jumaat, 4 April 2014

PENDUDUK PENDALAMAN PERLUKAN BN UNTUK MAJU - KANOWIT



Semua projek yang dipohon oleh penduduk di situ adalah melalui BN, kata Aaron

KANOWIT: Penduduk yang tinggal jauh di pedalaman hulu sungai di daerah ini memerlukan Barisan Nasional (BN) untuk maju, kata Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, ini kerana semua projek yang dipohon oleh penduduk di situ adalah melalui BN.

“BN adalah payung kepada anda semua dan merupakan tonggak kepada kemajuan di negara ini dalam menaikkan taraf hidup rakyat.

“Setiap pembangunan di daerah ini adalah hasil usaha keras BN dan akan berusaha melaksanakan pembangunan di sini walaupun kadang-kadang menggunakan sumber kewangan terhad.

“Oleh itu, setiap pembangunan turut mengambil masa untuk dilaksanakan namun tetap ada,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Salang Manggau, Rantau Lugai, Kanowit di sini.

Perjalanan ke Rantau Lugai yang terletak jauh di pedalaman hulu sungai mengambil masa lebih lapan jam dari Kanowit dengan menggunakan perahu panjang.

Majlis itu adalah anjuran Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Kanowit dan Jabatan Penerangan Daerah Kanowit.

Lawatan Aaron selama tiga hari turut mengunjungi penduduk di kawasan Hulu Ngemah yang merangkumi penduduk di Rantau Lugai, Nanga Lakah, Lubok Tanjung, Nanga Sesama, Lubok Tutong dan Nanga Nirok.

Turut mengiringinya pada lawatan tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail, Penghulu Ijau Tuah, Penghulu Ugak Sigai, Penghulu Ambrose Digat dan Penghulu Johnny Masam.

Aaron berkata, segala pembangunan insfrastruktur yang dilaksanakan di daerah ini adalah dipantau oleh kementerian persekutuan.

“Bukan senang untuk memajukan atau membangunkan sesuatu kawasan khususnya di kawasan seperti di hulu sungai kerana kita mempunyai sumber yang terhad.

“Bagaimanapun, BN tetap melaksanakannya secara berperingkat-peringkat. Oleh itu, tiada kerajaan lain selain BN yang boleh berperanan dan berkhidmat untuk rakyat,” tegasnya.

Mengenai projek Jalan Jagau-Ngungun sepanjang 25 kilometer yang menggunakan kos lebih RM100 juta, katanya, ia memerlukan masa disebabkan faktor muka bumi yang berbukit-bukau serta banyak anak sungai.

“Isu jalan ini sering dibangkitkan serta dipolitikkan oleh pihak pembangkang. Justeru, saya menasihati rakyat agar bersabar dan terus menyokong BN bagi menikmati pembangunan yang berterusan,” katanya.

Pada sesi itu, tiga tuai rumah iaitu Tuai Rumah Manggal Tukau dari Lubok Tanjung, Tuai Rumah Salang dan Tuai Rumah Jarau Manja dari Nanga Sibau bersama-sama memohon untuk mendapatkan projek hidro mini di situ bagi mendapatkan kuasa elektrik.

Ini kerana, penggunaan set jana kuasa (generator) selama ini di situ agak membebankan kerana faktor minyak dieselnya yang mahal dan kos pengangkutan juga mahal.

“Kos untuk membeli minyak diesel di pekan Kanowit sangat mahal kerana dari sini ke pekan itu memakan masa lapan jam dan menggunakan bergelen-gelen minyak perahu laju.

“Lagipun, sungai di sini sangat deras dan sesuai untuk mendirikan projek hidro mini. Jika ada bekalan elektrik, anak-anak pun senang untuk belajar ketika waktu malam dan banyak manfaat lain daripada projek itu kepada kami di sini,” kata mereka.

Bagi menjawab permintaan mereka itu, Aaron akan mempertimbang permintaan tersebut dan menggesa penduduk berkenaan supaya terus menyokong BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

“Jika diberi mandat sekali lagi pada PRU13 ini, saya menjamin bahawa permintaan anda ini (projek hidro mini) serta pembangunan lain akan dapat dilaksanakan,” katanya.



klikhttp://montokmontok.blogspot.com/2013/01/penduduk-pedalaman-perlukan-bn-untuk.html

BACALAH....

Ustaz…
Baru-baru ni, saya marah kakak..sebab dia baling barang mainan dia kat adik. Saya cubit lengan dia. Geram. Dia meraung kesakitan. Haritu, saya memang tak layan sangat dia. Sampailah ayah dia balik, saya serahkan pada ayah dia nak buat macam mana.

Malam itu, saya tidur kat ruang tamu sebab senang nak menyusukan bayi. Kakak dan suami, diorang tidur dalam bilik.

Ustaz…
Masa saya dah hampir nak terlelap, tiba-tiba… Saya rasa ada satu tangan kecil memeluk saya. Kemas. Saya pusingkan badan dan dapati kakak sedang menangis teresak-esak dibelakang saya. Terus saya dakap badan kecil anak yang berusia 4 tahun itu dan saya kesat air matanya. Pada masa yang sama, air mata saya juga bergenang lalu menitis ke atas pipi dia.

Suami saya yang sedari tadi berdiri memerhati berkata kakak tak boleh tidur. Susu dah bagi. Pampers dah salin. Tapi dia still tak boleh lelap. Akhirnya suami Tanya “kenapa kakak tak nak tidur?” Dia jawap “kakak nak cium bau mama”


Ya Allah…terus saya menangis ustaz.. Menyesal pun ada. Kenapa saya terlalu mengikut perasaan, menghukum jiwa kecil seorang kakak ini. Selang beberapa minit dalam esak, kakak terlelap dalam dakapan saya….

Rabu, 5 Mac 2014

Selamatkan SUPP!!!!!!...



KUCHING, Selasa - Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem menyatakan bahawa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mesti diselamatkan demi kepentingan parti komponen tersebut di masa akan datang. Presiden SUPP, Tan Sri Peter Chin Fah Kui memetik kenyataan Adenan pada pertemuan barisan kepimpinan SUPP dengan Ketua Menteri di pejabatnya hari ini.

"Beliau (Adenan) berkata ’Kita mesti selamatkan SUPP’ dan itulah ringkasan untuk pertemuan kali ini. "Ini merupakan khabar yang baik bagi kami di SUPP," katanya semasa ditemui pemberita hari ini.

Peter Chin memberitahu, pihaknya perlu memastikan parti komponen tersebut dapat diselamatkan dari segi aspek pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) serta masa depan politik parti itu.

"Kita perlu ingat bahawa pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa dua tahun lagi," ujarnya. Bagaimanapun, SUPP masih belum menerima surat jawapan daripada ROS berhubung pendaftaran cawangan baharu di Bekenu dan Piasau.

"Kita belum menerima sebarang jawapan daripada ROS selepas menghantar permohonan pada 4 Februari lalu," jelas Peter Chin. Malah, pertemuan tersebut turut membincangkan perkembangan parti sejak Perhimpunan Agung Perwakilan SUPP 2011. Difahamkan, Adenan akan bertemu dengan kepimpinan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada 6 Mac (Khamis). Hadir sama, Setiausaha Agung SUPP, Profesor Dr Sim Kui Huan.